Tiada Gigi
"Saya tak ada gigi ni doktor, macam mana nak buat ye? Malu lepas tu susah nak mengunyah juga"
Anda tidak berseorangan. Ramai pesakit di luar sana yang mengalami masalah yang sama. Tiada gigi satu atau kesemua bukanlah berakhir dunia. Semua masalah pasti ada penyelesaian.
Jenis-jenis masalah tiada gigi
Masalah tiada gigi boleh terbahagi kepada dua.
Tiada satu, dua atau lebih gigi tetapi masih ada lagi gigi kekal dan asal berbaki.
Tiada kesemua gigi di dalam mulut. Biasanya kita kerap jumpa kes seperti ini bila berjumpa dan bercakap dengan golongan yang sudah berumur. Mereka biasanya memakai gigi palsu penuh.
Adakah gigi palsu sahaja cara untuk atasi masalah ini?
Tidak. Gigi palsu (penuh/sebahagian) merupakan salah satu pilihan bagi menggantikan gigi yang tiada. Tapi bukan gigi palsu sahaja pilihan yang ada. Bagi yang kehilangan satu atau sebahagian sahaja gigi antara pilihan yang ada ialah;
Tanam gigi (implant)
Jambatan gigi (conventional bridge/Fiber Reinforced Bridge)
Gigi Palsu sebahagian
Nah! Banyak kan pilihan? Yang penting dapatkan pemeriksaan dahulu dan bincang plan rawatan dengan doktor gigi bersesuaian dengan bajet yang anda ada. Jangan tangguh kerana tiada gigi boleh mengganggu kehidupan harian kita.
Adakah rawat masalah ini boleh buat senyuman jadi lebih baik?
Semestinya! Tidak perlu penjelasan, biar gambar yang berbicara. Cantikkan senyuman selepas ada gigi? Bukan sahaja cantik, makan pon lebih selera jika ada gigi!