Mulut Berbau
Pernah tak anda bercakap dengan seseorang dan mendapati nafasnya berbau yang tidak menyenangkan?
Nafas berbau ini dalam istilah perubatan disebut sebagai Halitosis. Nafas berbau ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja tidak mengira peringkat umur mahupun jantina. Nafas berbau ini boleh menyebabkan seseorang berasa malu dan rendah diri.
Apakah punca nafas berbau?
Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah punca mulut berbau? Punca nafas atau mulut berbau lazimnya terjadi disebabkan tindak balas bakteria dan makanan yang tertinggal di dalam mulut. Dalam keadaan-keadaan tertentu, persekitaran mulut sangat sesuai dengan pertumbuhan bakteria. Bakteria merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan sulfur yang menghasilkan bau yang kurang enak.
Tapi itu merupakan salah satu faktor utama dan kebiasaan, banyak lagi faktor lain yang memungkinkan mulut dan nafas kita berbau seperti merokok, pengambilan makanan yang berbau dan kandungan gula yang tinggi, penyakit gusi, penyakit-penyakit kronik dan sebagainya.
Jadi apa yang patut anda lakukan untuk mengatasi masalah ini?
Membersihkan gigi dan mulut setiap hari dengan teknik yang betul
Membersihkan juga lidah, pipi dan lelangit semasa proses memberus gigi
Minum air kosong sekerap mungkin setiap hari
Berkumur setelah makan makanan yang berbau seperti petai, durian, jering, bawang putih dan lain-lain
Memeriksa gigi sekiranya mempunyai tanda penyakit gusi.
Anda pasti tidak mahu menjadi antara orang yang mempunyai masalah mulut berbau bukan? Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada doktor gigi tentang status kesihatan pergigian anda.