Gusi Bengkak / Bernanah
Gusi bengkak dan bernanah ialah antara rungutan pesakit yang datang ke klinik gigi. Ada yang datang kerana simptom sakit yang datang sekali dan ada juga yang datang dengan tujuan berlainan tetapi hanya diketahui semasa pemeriksaan dilakukan oleh doktor gigi.
Kenapa gusi boleh bengkak dan bernanah?
Gusi bengkak dan bernanah ialah tanda awal jangkitan kuman kepada gigi, gusi mahupun kawasan lain di dalam mulut. Kebanyakan yang datang dengan bengkak yang tidak sakit dan berdenyut dipanggil sebagai kronik. Manakala yang sakit berdenyut sehingga menggangu aktiviti harian dipanggil sebagai 'acute pain'. Banyak faktor yang menyebabkan gusi nanah dan bengkak ini. Sekiranya diperiksa dan nanah berpunca daripada gigi, antara sebab-sebabnya ialah;
Karies gigi yang menyebabkan lubang terlalu dalam dan tidak ditampal sehingga sampai ke saraf akar gigi.
Trauma kepada gigi membawa kepada retak dan patah
Gigi yang sepatutnya mendapatkan rawatan akar atau rawatan akar yang tertangguh dan tidak selesai.
Ada juga kes yang disebabkan oleh gusi;
Masalah gusi kronik (Periodontal Disease)
Kesihatan mulut yang terlalu teruk dengan berkumpulnya plak,karang gigi dan bakteria
Penyakit-penyakit kesihatan kronik yang membawa kepada gusi.
Gusi bengkak, makan antibiotik jela kan?
Ramai yang memandan enteng masalah gusi bernanah ini. "Tak apa doktor, dah biasa ni, nanti makan antibiotik ok lah".
Tidak semudah itu. Jangkitan kuman bukan tidak selesai hanya dengan memakan antibioti. Pesakit perlu menyelesaikan punca yang disebutkan di atas. Jangan sampai jangkitan kuman merebak membawa kepada organ muka yang lain. Muda atau tua, semua orang boleh dijangkiti. Dapatkan rawatan segera.