Maloklusi
Apakah maksud maloklusi?
Gigi tidak teratur atau maloklusi ialah keadaan di mana kedudukan gigi-gigi di dalam mulut kita tidak tersusun sebagaimana sepatutnya.
Biasanya keadaan lain yang dikategorikan sebagai gigi tidak teratur ialah :
Gigi berlapis
"Gigi taring di atas"
Gigi jarang (spacing)
Apakah faktor terjadinya gigi tidak tersusun?
Banyak faktor yang menyebabkan gigi tidak tersusun antaranya ialah:
Keturunan
Kehilangan gigi susu awal
Saiz tulang rahang dan gigi tidak seimbang
Bilangan gigi yang lebih dan banyak lagi.
Apa akan terjadi jika masalah ini tidak dirawat?
Sekiranya gigi anda tidak teratur, anda pasti mengalami sekurang-kurangnya salah satu komplikasi di bawah;
Kesihatan gigi dan gusi yang kurang memuaskan
Paras rupa yang kurang menarik
Makanan selalu lekat di antara celah- celah gigi
Penyakit gusi dan lain-lain lagi.
Adakah masalah ini boleh dirawat?
Adakah masalah gigi tidak teratur ini boleh diselesaikan? Pasti jawapannya ialah YA.
Anda boleh mendapatkan rawatan ortodontik (braces) untuk membetulkan gigi anda yang tidak teratur itu tadi. Jangan risau dan segera dapatkan pemeriksaan dengan doktor gigi yang bertauliah dan dengar pendapat mereka.