GIGI SENSITIF
Gigi sensitif ialah ketidakselesaan pada gigi yang biasa dimanifestasikan melalui rasa sakit yang bersifat tajam dan ngilu yang sementara. Gigi sensitif biasanya terjadi apabila lapisan paling luar gigi iaitu enamel terhakis dan mendedahkan lapisan kedua gigi iaitu dentin.
Banyak lagi sebab-sebab terjadinya gigi sensitif antaranya;
1-Memberus gigi terlalu kuat dengan teknik yang salah sehingga mencederakan gusi dan mendedahkan akar gigi.
2-Penyakit gusi ataupun dikenali juga dengan nama saintifiknya sebagai 'Gingivitis' iaitu penyakit yang menyerang gusi dan tulang yang menyokong gigi. Sekiranya berlarutan boleh membawa kepada penyakit 'Periodontitis' yang menyebabkan penyusutan struktur tulang.
3-Mengetap dan mengasah gigi yang menghakis lapisan enamel gigi.
4-Makan makanan dan minuman berasid dengan kerap seperti makanan masam dan minuman berkarbonat.
5-Gigi berlubang yang tidak dirawat atau tampalan lama yang telah retak atau renggang.
Rawatan apa yang sesuai untuk gigi sensitif?
-Penggunaan ubat gigi khusus untuk gigi sensitif. Kebiasaannya ubat gigi sebegini mempunyai kandungan bahan yang menyekat sensasi gigi ke saraf akar gigi,
-Berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan rawatan tampalan bagi kawasan gigi yang berlubang dan mendedahkan lapisan gigi yang sensitif
-Bagi yang mempunyai amalan mengetap dan mengasah gigi, doktor gigi akan mencadangkan penggunaan alat yang boleh menghalang penggeseran gigi terutamanya pada waktu malam.
Apa-apa pun, dapatkan pemeriksaan dan nasihat dari doktor gigi anda sekarang. Ingat! Mencegah Lebih Baik dari Mengubati
-
hawvcilawhbvawvbawovbwalvibwvawbviawbvawijvbawivjbawsjvbsviksbvkvb