Gigi Kuning
Adakah gigi kuning adalah gigi yang bermasalah?
Ramai yang beranggapan semakin putih gigi maka semakin sihatlah gigi seseorang. Stigma masyarakat yang salah ini menyebabkan ramai yang terkeliru. Putih tidak semestinya kuat, kuning tidak semestinya kotor.
Gigi asli seseorang bukanlah berwarna putih sebagaimana yang diiklankan dan dimomokkan industri pengiklanan perniagaan. Kita kita terdiri dari 3 lapisan utama
Enamel (lapisan paling luar bersifat dan warna kaca)
Dentin (lapisan kedua di bawah enamel)
Pulpa (lapisan paling dalam seakan terowong yang mengandungi salur darah dan saraf)
Lapisan enamel bersifat lutsinar akan menyebabkan gigi kelihatan agak kekuningan kerana warna lapisan dentin. Warna gigi yang terlalu putih dan legap kelihatan seperti jubin adalah sangat tidak natural dan kelihatan palsu.
Kalau gigi kuning yang terlalu ketara, apakah puncanya?
Ya ada keadaan di mana warna putih kekuningan ini tadi agak ketara berbanding individu yang lain. Antara puncanya ialah :
pemakanan
rokok
pengambilan ubatan
boleh jadi disebabkan baka dan keturunan.
Adakah gigi kuning ini boleh dirawat?
Keadaan ini sekiranya boleh menyebabkan hilang keyakinan diri semasa bercakap dan malu, anda boleh dapatkan rawatan pemutihan gigi secara profesional di mana-mana klinik pergigian.
Bahan pemutih gigi di pasaran boleh guna ke?
Ada juga bahan pemutih gigi dijual di pasaran dengan harga yang lebih murah. Pesakit perlukan melihat dulu bahan yang digunakan dan pastikan produk yang dibeli disahkan penggunaannya dan bahannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kita tidak mahu 'sudah terhantuk baru tengadah' semua disebabkan sikap kita yang terburu-buru.Rawatan pemutihan profesional dilakukan oleh doktor gigi bertauliah di klinik gigi yang sah. Pemeriksaan dilakukan terlebih dahulu dan rawatan biasanya memerlukan lebih dari satu pusingan.
Klik untuk promosi teeth whitening