Gigi Jongang
Apakah itu gigi jongang?
Gigi jongang adalah antara masalah gigi yang biasa dialami dalam kalangan kanak-kanak mahupun dewasa.
Apakah masalah yang biasa dihadapi jika mempunyai gigi jongang?
Gigi jongang menimbulkan masalah seperti :
masalah mengunyah
masalah percakapan
boleh terdedah kepada kecederaan terutamanya semasa bersukan
Isu lain yang biasa timbul oleh kanak-kanak yang bergigi jongang ialah masalah keyakinan diri dan masalah buli di sekolah.
Faktor terjadinya gigi jongang
Banyak faktor yang menyebabkan gigi jongang antaranya
struktur rangka muka
susunan gigi tidak teratur
tabiat pesakit dan beberapa faktor lain
Adakah masalah gigi jongang boleh dirawat?
Rawatan Ortodontik atau lebih dikenali sebagai braces merupakan pilihan utama untuk membetulkan gigi jongang bergantung kepada tahap keterukan susunan gigi jongang, motivasi pesakit, umur dan juga profil pesakit. Ibu bapa dinasihatkan untuk membawa anak-anak berjumpa dengan doktor gigi seawal mungkin untuk pencegahan awal. Sekiranya rawatan diperlukan, proses boleh dimulakan dengan lebih awal.