Median Diastema

Apakah 'median diastema'?

Gigi depan jarang boleh menyebabkan seseorang malu untuk bercakap dan berasa rendah diri. Rasa dihakimi kerana keadaan gigi yang tidak seperti orang lain terutamanya apabila gigi 2 gigi kacip depan yang tidak rapat. Keadaan ini dikenali sebagai 'Median Diastema'. Banyak faktor penyebab kepada keadaan ini dan ada beberapa pilihan rawatan yang boleh ditawarkan.

Apakah punca berlakunya median diastema?

Apabila anda berjumpa dengan doktor gigi, perkara pertama yang akan dilakukan ialah pemeriksaan keseluruhan gigi anda. Kebanyakkan kes gigi jarang terjadi antara sebabnya ialah :

  • gigi kekal tidak tumbuh sepenuhnya

  • rahang yang lebih besar manakal saiz gigi yang kecil

  • cabutan meninggalkan ruang

  • gigi bergerak memenuhi ruang gigi yang tiada

Adakah masalah ini boleh dirawat?

Ya. Rawatan ini boleh dirawat dengan pelbagai cara. Rawatan yang biasa disyorkan oleh doktor ialah;

  1. Rawatan Ortodontik (Braces)

  2. Rawatan Sarung Gigi & Jambatan (Crown & Bridge)

  3. Rawatan Tampalan Sewarna Komposit

  4. Rawatan Veneer

Pilihan-pilihan ini akan dicadangkan oleh doktor gigi berdasarkan pemeriksaan dan diagnosis yang dilakukan dan juga bajet pesakit. Rawatan-rawatan ini lebih menjurus kepada rawatan kosmetik kerana melibatkan estetik dan penampilan diri. Rawatan kosmetik agak mahal berbanding rawatan-rawatan biasa kerana banyak faktor yang dipertimbangkan.

Orang kata 'Biar alah membeli tapi menang memakai'. Betul ke tidak?

Adakah rawat median diastema boleh buat penampilan lagi menarik?

Semestinya! Tak perlu ulas panjang, biar gambar yang berbicara. Zac Efron nampak lagi kacak selepas rawat median diastema kan?