Gigi hitam tu apa?

Gigi hitam ialah masalah pergigian yang disebabkan oleh karies gigi. Karies gigi boleh terjadi kepada mana-mana lima bahagian gigi. Gigi hadapan ataupun belakang. Karies gigi terjadi disebabkan oleh bakteria, makanan yang berkumpul dan air liur yang tidak dibersihkan dengan betul dan menyeluruh.

Bagaimana gigi boleh menjadi hitam?

Karies gigi di celahan gigilah yang sering terjadi disebabkan makanan senang melekat dan tidak diflos dengan segera. Pada peringkat awal karies bermula dengan warna putih bertukar kekuningan dan coklat dan akhirnya hitam. Kawasan hitam yang tidak ditampal boleh menyebabkan gigi berlubang.

Adakah masalah ini boleh dirawat?

Ya, masalah ini boleh dirawat dengan rawatan tampalan (filling). Rawatan tampalan ialah rawatan mengembalikan struktur dan fungsi 'gigi hitam' itu tadi. Sekiranya dibiarkan boleh menyebabkan karies semakin dalam dan mengenai akar dan saraf gigi menyebabkan masalah yang lebih besar.

Tampalan ada banyak jenis ke?

Ya betul, tampalan ada banyak jenis dan warna. Sebelum ini, bagi gigi belakang yang berlubang doktor gigi banyak menggunakan tampalan 'amalgam' ataupun yang berwarna kelabu/hitam disebabkan faktor kekuatannya. Tetapi dengan perkembangan teknologi pergigian pada masa kini, semua gigi ditampal dengan tampalan 'komposit' atau lebih dikenali dengan tampalan sewarna gigi.

Apa perlu saya buat untuk elakkan masalah ini berlaku?

Buat pemeriksaan gigi di klinik gigi secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Sekiranya mendapati ada gigi yang berlubang dan berwarna hitam, terus dapatkan pemeriksaan di klinik gigi. Lagipun, pemeriksaan gigi beserta consultation serendah RM15 sahaja di Klinik Gigi Lumina!