Gigi Berlubang / Karies Gigi

Apakah itu karies gigi?

Gigi berlubang ialah istilah yang digunakan untuk menerangkan keadaan gigi yang telah rosak, rapuh dan menghasilkan ruang di kawasan gigi. Dalam bahasa Sains Pergigian, keadaan ini dinamakan sebagai KARIES GIGI. Karies gigi merupakan salah satu penyakit yang dipunyai oleh majoriti penduduk di dunia ini.

Anda tak percaya? cuba tanya orang-orang di sekeliling anda keluarga sebagai contoh, pasti mereka sekurang-kurangnya pernah mendapatkan rawatan untuk menutup gigi yang berlubang. Bukan bermakna tiada seorang pun yang tidak pernah menampal gigi tetapi sangat jarang sekali.

Bagaimana karies gigi terhasil?

Karies gigi ini terhasil daripada perkumpulan bakteria, air liur, sisa makanan dan dengan tempoh masa tertentu, gabungan ini menghakis permukaan gigi anda. Karies yang dibiarkan tanpa rawatan boleh menjadi semakin dalam dan ini yang membawa kepada gigi berlubang.

Adakah gigi yang ada karies biasanya warna hitam?

Karies gigi mempunyai beberapa warna lain selain hitam. Karies boleh dijumpai dengan warna putih, kekuningan, coklat gelap dan kehitaman,

Adakah gigi yang ada karies boleh menyebabkan sakit?

Berdasarkan rajah, ini adalah peringkat gigi berlubang. Jika karies sudah sampai ke lapisan dentin, gigi akan mula berasa sakit. Jika dibiarkan tanpa rawatan, lubang akan makin dalam sehingga ke peringkat lapisan pulpa yang akan menyebabkan sakit yang lebih teruk. Pada peringkat ini, gigi tidak boleh terus ditampal. Rawatan akar perlu dibuat terlebih dahulu sebelum ditampal. Kos rawatan akar adalah jauh lagi tinggi dari tampalan biasa. Sebab itu, anda perlu segera rawat gigi yang berlubang sebelum rawatan menjadi makin kompleks dan kos untuk merawat gigi tersebut makin tinggi.